Promo Web Komuniti SMKBS




Web amat mengharapkan penyertaan semua pihak bagi memastikan ianya berfungsi sebaiknya.


Read more...

Penulisan Artikel/Karya


Assalamualaikum w.b.t

Saya bagi pihak web admin komuniti SMKBS ingin mengalu-alukan semua bekas pelajar untuk menyumbang apa sahaja artikel yang bermanfaat bagi mempertingkatkan mutu kandungan laman komuniti ini. Hal ini bagi mencapai objektif berikut;

1. Sebagai medan perkongsian ilmu warga alumni.
2. Sumber rujukan kepada ahli mahupun kepada adik-adik di bangku sekolah.
3. Memperluaskan budaya ilmu.
4. Menyebarkan warisan yang bermanfaat untuk generasi akan datang.

Setakat ini kategori yang dipertimbangkan adalah seperti berikut;

1. Diari Kenangan
2. Jejak Kejayaan
3. Tazkirah / Soal Jawap Agama.
4. Info IT
5. Karya (Cerpen, Puisi dll)
6. Dan lain-lain mengikut keperluan dan kesesuaian.

Setiap artikel boleh dihantar kepada emel ; alumnismkbs@gmail.com

Sekiranya penyertaan menggalakkan insyallah kita akan terbitkan dalam bentuk e-Magazine secara bulanan/mingguan yang boleh di baca dalam betuk softcopy (pdf) mahupun hardcopy.

Jika ada sebarang kemuskilan atau cadangan sila emelkan atau tulis ruangan 'comments' di bawah ini.

Sekian, terima kasih.

wembaster.
alumnismkbs@gmail.com





Read more...

 

News & Update

Diharapkan semua pengunjung 'subscribe' bagi memudahkan anda mengetahui pengemaskinian terbaru web ini.

Followers

About Me

Dari Mana Anda?