Galeri Kenangan


Assalamualaikum w.b.t.

Galeri foto-foto semasa saudara-saudari masih menuntut di SMKBS akan di buka buat tatapan semua. Sesiapa yang mempunyai foto-foto yang berkaitan boleh menghubungi webmaster laman ini melalui emel; alumnismkbs@gmail.com . Buat masa ini saya akan memuatkan foto-foto yang ada dalam koleksi saya.



Diharapkan saudara/i sudi memberikan kerjasama dalam mempertingkatkan mutu kandungan web ini.

Sekian,
webmaster.
alumnismkbs@gmail.com
http://alumnismkbs.blogspot.com/




Read more...

SMKBS Di lihat Melalui Satelit

Imej ini di ambil menggunakan perisian Google Earth 2008. Sudah begitu banyak perbezaan jika hendak dibandingkan dengan lapan tahun yang dahulu. Di sini saya kongsikan dua imej untuk tontonan semua. Semoga rindu itu terubat.

Sila klik imej untuk besarkan,

Pandangan Atas; Sebelah kiri imej* adalah Bangunan Dewan Haji Abd Raaof (Nama ini untuk 8 tahun yang lalu - tidak pasti adakah ianya sudah berubah) Manakala sebelah kanan sekali adalah Asrama Puteri (Kalau tak salah)





Pandangan Hadapan; Di sebelah kanan imej adalah Bangunan Dewan Haji Abd Raaof Manakala sebelah kiri sekali adalah Asrama Puteri


-----
Nota
*Sebelah kanan imej bermaksud, sebelah kanan anda (pengunjung). Begitulah sebaliknya.

Read more...

Kempen & Cara Mendaftar Dengan Alumni


Untuk makluman bersama, usaha untuk menubuhkan Alumni SMKBS masih ditahap sederhana. Ini kerana masih ramai yang belum submit nama untuk menyertai Alumni.
Oleh yang demikian, saya mohon kepada tuan2 dan puan2 yang belum submit nama untuk berbuat demikian sebelum 15 April 2008. Ini bagi memudahkan saya untuk merancang penubuhan Alumni SMKBS.


Sekiranya ada yang segan untuk memberi nama melalui FS(friendster.com - webmaster), anda bolehlah menghubungi saya melalui telefon atau SMS, atau melalui email di alamat abdullah_alfatih@yahoo.com. Jangan risau, maklumat anda adalah sulit. Hanya akan digunakan untuk tujuan penubuhan Alumni SMKBS.

Saya juga berharap tuan2 dan puan2 dapat menyebarkan berita ini kepada sahabat2 x-SMKBS yang anda kenali. Kerjasama anda amat dihargai.

Bagi yang telah memberikan nama, ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama tuan2 dan puan2.

Insyaallah..
Saya akan cuba pastikan bahawa penubuhan Alumni ini mencapai matlamat yang disasarkan. Itupun dengan kerjasama yang padu daripada tuan2 dan puan2.

Setakat ini, kita akan cuba bentuk organisasi dahulu seterusnya barulah kita akan bincang program2 yang bakal dilaksanakan untuk kebaikan sekolah.

Sepatutnya, penubuhan Alumni ini telah lama wujud kerana SMK Bunut Susu telah berusia lebih dr 30 tahun. Atas rasa kesedaran ini, saya cuba untuk berinisiatif menubuhkan Alumni demi membalas jasa baik sekolah. Insyaallah, semoga penubuhan Alumni ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kebaikan untuk sekolah.

Wallahua'alam.


Sekian untuk makluman bersama.



ABDULLAH ALAWI BIN ABDUL HALIM
014-8491814
abdullah_alfatih@yahoo.com




Read more...

Kempen; Sireh Pulang Ke Gagang


Untuk mendapatkan kod html, sila klik







Read more...

Komuniti Friendster SMKBS


Setakat tulisan ini di tulis, jumlah ahli komuniti adalah seramai 226 orang. Sejak akhir-akhir ini ruangan perbincangan dalam komuniti itu agak hambar, justeru itu saya menyeru kepada semua ahli dan yang masih belum menjadi ahli agar dapat meluangkan masa untuk menyumbang idea dan sebagainya. Anda boleh mengunjunginya melalui pautan di bawah.

KOMUNITI FRIENDSTER SMKBS


Penyertaan semua pihak amat di alu-alukan dalam mempertingkatkan mutu perbincangan serta untuk memastikan apa juga perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mudah-mudahan kerjasama ini akan memberikan kita peluang untuk bergerak di alam nyata pula.

Sekian,
webmaster




Read more...

Laporan Program Motivasi


Laporan:

Baru-baru ini saya telah menjalankan program motivasi di SMKBS. Masa tu cuti semester bulan 5 2007. Itu pun hasil kerjasama Kelab Kesihatan Sekolah. Sasaran saya adalah kumpulan pelajar PMR & SPM. Namun apakan daya terjadi satu insiden yang tak dijangka hingga program kami terhalang.

Insiden tersebut adalah kejadian dimana seorang pelajar perempuan di tangkap dlm keadaan bogel bersama teman lelakinya oleh orang kampung. menurut laporan yang diterima pelajar tersebut dihantar oleh bapanya ke kelas tambahan malam. Namun pelajar tersebut telah ponteng kelas dan mengikut teman lelakinya yang datang ambik dengan motor.

Berikutan insiden tersebut, semua aktiviti waktu malam dibatalkan dan kelas tambahan telah dijalankan pada waktu petang. Berikutan insiden itu juga, program kami terpaksa dihadkan pelaksanaannya atas sebab kekangan masa. Apapun kami tetap laksanakan juga walaupun sedikit. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan adalah:

1. Ceramah motivasi:
- Dilaksanakan oleh saya sendiri (Abdullah Alawi)
- Fokus kepada metodologi kejayaan dan tips menghadapi cabaran alam persekolahan.
- dilaksanakan semasa Majlis perhimpunan pagi sempena majlis penutup program KKS.

2. Aktiviti LDK:
- Dilaksanakan oleh bekas pelajar SMKBS di ketuai oleh saya sendiri.
- Masa pelaksanaan adalah pukul lapan pagi ketika aktiviti hari kokurikulum .
- Kumpulan yang terlibat adalah ahli kelab kesihatan sekolah.


Sekian laporan.


PENGUMUMAN:

Semasa menjalankan aktiviti di sekolah. Saya telah diminta oleh pengetua serta beberapa orang Guru SMKBS supaya menubuhkan ALUMNI SMKBS. Setakat ini penubuhan Alumni Masih lagi dalam proses perancangan. Perancangan kita adalah untuk menubuhkan ALUMNI SMKBS sebelum bulan mei 2008 dan Insyaalah akan dirasmikan oleh YDP PiBG.

Oleh yang demikian, kepada Tuan-tuan, Puan-puan, Encik, Cik, Abg2, Kakak2, Adik2 bekas pelajar SMKBS tidak mengira batch SPM yang sudi untuk menyertai ALUMNI SMKBS, sila nyatakan nama penuh,nombor IC, alamat rumah, tahun SPM dan nombor telefon.

Jangan lupa sebarkan maklumat ini kepada sahabat2 anda yang berkaitan.


Bersama Berbudi Kepada Sekolah.


Sekian terima kasih.

Utk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

ABDULLAH ALAWI BIN ABDUL HALIM
014-8491814
abdullah_alfatih@yahoo.com

sila lawati Group kami di FRIENDSTER


Read more...

 

News & Update

Diharapkan semua pengunjung 'subscribe' bagi memudahkan anda mengetahui pengemaskinian terbaru web ini.

Followers

About Me

Dari Mana Anda?